kritik website #6
Monday 13 January 2014 @ 04:11 | 0 individual(s)


Kritikan blog yang terakhir pula, saya mengambil laman yahoo mail untuk membuat kritikan. Laman ini boleh dilayari di www.yahoo.com . pada pendapat saya laman ini merupakan laman kedua yang terkenal selepas laman blog. Hal demikian kerana laman ini turut mempunyai fungsi yang sama seperti laman google. Namun demikian terdapat beberapa yang berlainan. 

Laman ini kelihatan sangat berserabut dan orang ramai seakan susah untuk mencari sesuatu yang mereka inginkan. Walaupun susunannya kelihatan seperti biasa, namun orang ramai tidak terlalu suka untuk membaca perkataan yang terlalu panjang malah mereka ingin mencari jalan yang mudah dan simple bagi mereka.

Namun begitu, saya suka laman ini kerana laman ini memperlihatkan tentang berita-berita terkini, tidak kira sama ada berita tentang politik, sukan mahupun tentang artis. Selain itu, laman ini juga hanya menggunakan satu warna sahaja bagi setiap perkataan iaitu warna hitam. Hal demikian mampu membuatkan oaring ramai kadangkala akan berasa bosan kerana ianya tidak terlalu menarik dan kreatif.

Labels:

THE PAST IS HISTORY

◄ OLDER POSTS